Friday, March 17, 2017

Sakit Lutut Bukan Lagi Halangan Untuk Aktif Bersukan


Salam Ceria,

Dalam bersukan pastinya tidak akan lari daripada masalah kecederaan sama ada disebabkan oleh kecuaian ataupun secara tidak disengajakan. Almaklum, dalam bersukan atau ketika bermain kecederaan itu merupakan lumrah. Di sini, Dila kongsikan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh ahli sukan iaitu sakit lutut.

merawat sakit lutut dengan shaklee

Sakit Lutut


Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang mungkin berpunca daripada sendi (femur, tibia, fibula), tempurung lutut (patela) atau ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus). Sakit lutut bukan sahaja boleh dihidapi oleh ahli sukan malah semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.


Lutut merupakan sendi yang menjadi penghubung antara peha dan kaki serta ia ada dua persendian iaitu;
  • satu di antara femur dan tibia
  • satu lagi di antara femur dan patela
Penjagaan lutut dan memastikan kesihatan lutut dalam keadaan yang baik adalah sangat penting.  Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berlarutan, ianya boleh menjejaskan aktiviti harian. Jika anda adalah ahli sukan,  ini akan mengganggu jadual latihan serta persediaan menghadapi perlawanan yang bakal anda bertanding. Selain daripada itu, masalah lutut juga boleh mengakibatkan diri kita rasa kurang selesa untuk berjalan, mendaki tangga, berlari dan boleh mengganggu anda untuk menunaikan ibadah solat.

merawat sakit lutut dengan shaklee




Apakah Simptom Atau Tanda - Tanda Sakit Lutut?


Tanda-tanda sakit lutut ini berbeza-beza bergantung kepada struktur badan yang terlibat.


  • Selaput di tulang rawan sudah kering
  • meniskus koyak
  • lutut bengkak
  • patah
  • retak tulang
Kesan sakit lutut adalah berbeza-beza kerana ada yang merasa atau mendapat sakit ringan, ada yang mendapat sakit teruk dan ada peringkat sehingga lumpuh.



Simpton Lain Sakit Lutut
  • Kesukaran berjalan kaki akibat daripada ketidakstabilan lutut
  • Tempang kerana merasa tidak selesa
  • Tidak mampu membengkokkan lutut
  • Kemerahan dan bengkak di kawasan lutut
merawat sakit lutut dengan shaklee

3 Kategori Utama Sakit Lutut


Kecederaan Akut - seperti patah tulang, ligamen koyak
Keadaan Perubatan - Artritis, jangkitan
Keadaan Kronik - Osteoartritis, sindrom patella, teninitis dan bursitis



Kecederaan Akut

Patah


Trauma kepada struktur bertulang yang boleh menyebabkan salah satu tulang di bahagian lutut pecah. Patah / Retak tulang dibahagian lutut bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan fungsi lutut (seperti retak tempurung lutut) atau ia juga akan memberi kesan menyakitkan untuk menanggung berat badan (seperti tibial plateau patah).



Kecederaan Ligamen

Kecederaan yang sering berlaku ialahkecederaan ACL (anterior cruciate ligamen). Kecederaan inilah yang sering berlaku kepada ahli sukan.



Keadaan Perubatan



Rheumatoid Arthritis


Ia terjadi apabila keadaan autoimun yang menjejaskan mana-mana bahagian sendi dalam badan. Ia membawa rasa sakit yang teruk dan hilang keupayaan.



Gout


Gout merupakan salah satu arthritis yang sering terjadi pada ibu jari kaki, namun begitu ia juga boleh memberi kesan kepada lutut.



Arthritis Septik (Arthritis Berjangkit)


Sakit sendi lutut boleh dijangkiti penyakit lalu ia membawa kesan rasa sakit, bengkak serta demam. Keadaan ini memerlukan rawatan antibiotik secepat mungkin.



Keadaan Kronik


Patellar Tendinitis


Ia merupakan radang tendon, dimana ia menghubungkan lutut (patella). Patella tendinitis adalah keadaan kronik yang sering berlaku kepada individu yang membuat pergerakan berulang seperti pelari dan penunggang basikal.


Osteoartritis


Sakit sendi lutut ini disebabkan oleh kehausan rawan berpunca daripada faktor usia dan juga berat badan berlebihan atau aktiviti lasak yang berlebihan.



Antara Faktor Yang Menyebabkan Sakit Lutut



Biomekanik ialah operasi anggota badan pada bahagian sendi lutut adalah rumit. Sendi lutut digunakan dengan kerap pada sepanjang hari. Apabila kita berjalan, berlari, duduk dan menaiki tangga.



Berat badan yang berlebihan atau obesiti akan menyebakan tekanan pada sendi lutut akan bertambah atau berlebihan. Obesiti akak meningkatkan risiko berlakunya osteoartritis dan tulang rawan akan rosak lebih cepat.



Pergerakan berulang secara berlebihan seperti melakukan latihan jongging atau berlari atau keadaan kerja seperti duduk di kerusi sepanjang hari boleh juga mengakibatkan kerosakan tulang rawan dan menyebabkan rasa sakit.



Tips: Apabila sakit dibahagian lutut anda berlarutan dalam masa beberapa hari, anda perlu pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat untuk rawatan selanjutnya.



Langkah Mengubati Sakit Lutut - Osteoartritis (OA)



Osteoartritis (OA) ini kebiasaanya melanda wara tua yang berusia 60 tahun ke atas. Jangan anda keliru antara Osteoporosis dengan Osteoporosis. Osteoartritis melibatkan sendi pada bahagian lutut manakala Osteoporosis pula adalah berkaitan tulang.



Secara tepatnya Osteoporosis ialah trauma pada lutut apabila tulang rawan semakin berkurang atau haus. Ianya akan mengakibatkan antara tulang dipermukaan sendi berlaga atau bergeser antara satu sama lain yang akan menyebabkan penghidapnya merasa sakit.



Berikut adalah rawatan awal yang dilakukan untuk mengubati sakit lutut Osteoartritis.
  • Fisioterapi dan senaman
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Rawatan menggunakan haba atau suhu sejuk
  • Ubat NSAID iaitu ubat anti radang dan penahan sakit seperti Ponstan, Voltaren, Cerebrex dan lain-lain.
  • Suplemen yang membantu membina tulang rawan

Melegakan Sakit Lutut Dengan Shaklee

1. Performance Drink

merawat sakit lutut dengan shaklee


Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi seperti minuman isotonik. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Mengandungi formula karborhidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karborhidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah. Telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high level athletes).

Golongan yang sesuai mengamalkan Performance Drink:
  • Mereka yang aktif bersukan.
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka)
  • Mereka yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness dan tiada selera makan.
  • Mereka yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam atau sedang demam.
  • Kanak-kanak yang demam
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat).


2. Omega Guard

merawat sakit lutut dengan shaklee


Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. 3 bahan utamanya ialah DHA, EPA an AHA. Kandungan DHA dan EPA ini amat penting untuk membentuk mental dan fizikal serta menstabilkan sistem saraf.




Satu hidangan Omega 3 menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Mengandungi DHA dan EPA merupakan asid lemak omega 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi daripada makanan.


Selain daripada itu, Omega Guard juga baik untuk meningkatkan sistem imunisasi, menapis segala virus dan bakteria daripada badan.


3. Ostematrix



merawat sakit lutut dengan shaklee


Ostematrix membantu mengekalkan tekanan darah normal, membantu menolong pengecutan otot dan saraf serta mengurangkan simptom PMS seperti kembung, kejang, bengkak air, baran dan kemurungan.

4. Energizing Soy Protein

merawat sakit lutut dengan shaklee

Esp mengoptimumkan penyerapan nutrien lain. Ia membekalkan tenaga berpanjangan. ESP menyuburkan kesihatan kulit, rambut kuku dan otot. Istimewanya ESP ialah ianya boleh dihidangkan dengan pelbagai cara dan rasa.


5. Vivix
merawat sakit lutut dengan shaklee


Vivix merupakan anti-penuaan selular. Ianya menyokong kesihatan jantung, otot, sistem imun dan sendi. Vivix meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap selular.

6. Collagen

merawat sakit lutut dengan shaklee
Collagen membantu pertumbuhan semula kulit serta semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada sendi lutut dan pinggul.


Testimoni Pengguna Shaklee



merawat sakit lutut dengan shaklee

merawat sakit lutut dengan shaklee

merawat sakit lutut dengan shaklee

merawat sakit lutut dengan shaklee

merawat sakit lutut dengan shaklee


Betapa pentingnya bagi kita untuk menjaga kesihatan lutut ini. Ini kerana setiap kecederaan atau ketidakselesaan pada lutut boleh menjejaskan kualiti hidup dan aktiviti harian anda.  Maka, adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan lutut anda berada dalam keadaan sihat dan cergas sama ada mengamalkan suplemen, melakukan pemanasan sebelum membuat aktiviti sukan dan mengaamalkan gaya hidup sihat.



Untuk penerangan dan perbincangan yang lebih baik anda dialu-alukan menghubungi Dila di 0177305635. Pastinya saya akan berikan tunjuk ajar dan konsultasi percuma serta ekslusif buat pelanggan saya sahaja. 


Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)


dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah

Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?

Hubungi saya dan group terbaik menanti anda.

No comments:

Post a Comment