Sunday, October 22, 2017

10 Tips Menjaga Jantung Untuk Kekal Sihat & Hidup Lebih Ceria


Assalamualaikum & Hai,


Sihat, sakit dan maut adalah takdir yang telah ditetapkan, namun kita perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan kita. Ini kerana sakit dan mati itu bukan lagi hanya untuk warga tua tetapi ianya juga adalah milik orang muda. Sakit jantung merupakan penyakit yang menyerang kita tak kira usia dan masa. Oleh kerana itu sakit jantung dikatakan pembunuh senyap yang utama kerana setiap saat ketika pesakit tersebut mengalami serangan jantung ianya adalah amat berharga masanya.

Dila sendiri merasakan kehilangan ayah tersayang kerana pergi meninggalkan kami disebabkan oleh sakit jantung. Sejarah keluarga yang sememangnya mempunyai senarai penyakit serangkai dan jantung membuatkan Dila lebih mementingkan penjagaan kesihatan. Semoga entry ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda.

tips-menangani-sakit-jantung


Sakit jantung juga seperti penyakit lain yang mempunyai gejala serta tanda awal. Namun begitu, adakalanya ada yang menganggap gejala atau tanda yang dialami adalah masalah kesihatan biasa sehingga cenderung mengambil remeh apa yang dirasai.


Apa itu Sakit Jantung?

Jantung adalah organ badan yang sakit penting untuk kita dan ianya bekerja 24 jam sehari. Jantung kita berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Memiliki jantung yang sihat memberikan kita hidup yang lebih sihat dan aktif serta cergas melakukan aktiviti harian. Manakala jantung yang tidak sihat pula membataskan kita menikmati hidup yang aktif dan gembira. Oleh itu, adalah penting untuk kita menjaganya sebaiknya.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabla otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup maka seseorang itu dikatakan menghidap sakit jantung.

Berikut adalah antara tanda - tanda anda berkemungkinan menghidap penyakit jantung.


tips-menangani-sakit-jantung

  • Sakit pada bahagian kepala.
  • Nyeri pada bahagian dada sampai tulang punggung.
  • Denyut jantung tidak teratur.

tips-menangani-sakit-jantung

  • Sakit pada bahagian tubuh tertentu seperti bahu dan badan belakang.
  • Mudah merasa lelah
  • Sesak Nafas
  • Sering merasa mual
  • Rasa cemas tiba-tiba disertai debar jantung.
  • Pembengkakan pada jantung

Berikut adalah punca penyumbang kepada sakit jantung.


Amalan Merokok

tips-menangani-sakit-jantung

Perokok memiliki risiko lebih tinggi untuk mengidap penyakit jantung. Ini kerana karbon monoksida dalam asap rokok dan kandungan nikotin pada rokok dapat meningkatkan risiko munculnya gumpalan darah serta memacu jantung untuk bekerja lebih cepat sehingga membebani jantung. Disamping itu ianya juga dapat merosakkan dinding arteri jantung yang akan memicu terjadinya penyempitan. Perokok mempunyai 

Kadar Kolesterol yang tinggi


Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL). Kolesterol jahat mudah menggumpal dan menepel pada dinding pembuluh darah. Oleh kerana itu, kadar LDL yang tinggi dapat membentuk plak yang menyebabkan aterosklerosis. Kadar LDL yang normal dalam darah adalah di bawah 3 mmol/ L atau 115 mg/dl untuk orang dewasa serta 2 mmol/L atau 77mg/dl untuk orang memeiliki risiko tinggi.

Gaya Hidup Yang Tidak Seimbang


Risiko penyakit jantung juga dapat meningkat akibat gaya hidup yang tidak seimbang atau tidak sihat seperti kurang aktiviti olahraga, mengambil makanan yang berlemak dan tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.


Penyakit Diabetes

tips-menangani-sakit-jantung

Penyakit diabetes dapat menyebabkan penebalan pada dinding pembuluh darah sehingga berpontensi menghambat aliran darah. Oleh disebabkan itu, pesakit diabetes memiliki risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung.

Hipertensi

tips-menangani-sakit-jantung


Anda akan dianggap menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi jika tekanan darah anda di atas 140 / 90 mmHg. Sedangkan tekanan darah rata-rata yang normal adalah 120/80 mmHg. Apabila tekanan darah tinggi ini bererti jantung bekerja lebih keras sehingga jantung dan pembuluh darah akan lebih terbebani. Antara punca yang menyumbang hipertensi ialah pengambilan makanan degan kadar garam yang tinggi.

Obesiti

tips-menangani-sakit-jantung

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti berpontensi menghidap tekanan darah tinggi, cenderung memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi serta lebih berisiko terkena diabetes. Oleh kerana itu golongan ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

Sejarah Keluarga


Bagi anda yang mana sejarah keluarganya ada yang memiliki masalah sakit jantung seperti ayah, ibu atau kakak anda berisiko memiliki penyakit jantung juga berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah sakit jantung.

tips-menangani-sakit-jantung

Cara Menggelak Daripada Mendapat Sakit Jantung 


tips-menangani-sakit-jantung

1. Berhenti merokok


tips-menangani-sakit-jantung


2. Mengambil ubat atau lebih baik suplemen semulajadi untuk mengawal tekanan darah tinggi atau penyakit kencing panas.

tips-menangani-sakit-jantung
3. Pilih daging putih seperti ayam dan ikan serta kurangkan pengambilan daging merah.



tips-menangani-sakit-jantung

4. Kawal stress dengan cara hidup sihat seperti mendapatkan rehat yag cukup serta jalani aktiviti fizikal dan kerohanian.

5. Kerap bersenam seperti berjalan kaki sambil membeli belah merupakan senaman paling mudah.


tips-menangani-sakit-jantung

6. Ambil makanan tinggi serat untuk pembakaran lemak atau kolesterol yang lebih baik.


tips-menangani-sakit-jantung

7. Pilih makanan berkhasiat seperti lebihkan ikan, buah-buahan dan sayuran.

8. Pilih makanan rendah lemak.


tips-menangani-sakit-jantung

9. Pilih menu serta cara masakan yang sihat seperti panggang, rebus dan kukus.

10. Pelihara jantung anda dengan Shaklee - antara vitamin atau suplemen Shaklee yang membantu menjaga jantung anda ialah :


tips-menangani-sakit-jantung

Vivix

  1. Melindungi jantung
  2. Menghalang pengoksidiaan LDL
  3. Mengurangkan pelekatan antara platlet (repon anti-radang)
  4. Merencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius.
  5. Melindungi daripada penuaan
  6. Melindungi salur darah daripada kerosakan radikal bebas
  7. Turunkan risiko penyakit jantung

Omega Guard

  1. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung kerana ianya membekalkan asid lemak omega-3.
  2. Membantu melegakan kekejangan otot.
  3. Pengambilan asid lemak omega-3 semasa kehamilan dan penyusuan susu ibu boleh membantu dalam perkembangan otak anak.
  4. Membantu mengurangkan bacaan diabetes dan kolesterol 

Alfalfa

  1. Lemak kolesterol yang terurai perlulah disingkirkan keluar dari bada.
  2. Alfalfa Complex mengandungi sponin yang bertindak seperti span serat yang menyerap kolesterol dan menyingkirkannya daripada tubuh.

Phytocol-ST

  1. Phytocol-ST membantu mencegah mendapan plak pada arteri.

Testimoni Pengguna Suplemen / Vitamin Shaklee
















Badan kita adalah tanggungjawab kita. Jika anda sayangi hayat anda ambil langkah segera menjaga jantung anda. Disamping itu amalkan gaya hidup yang sihat dan ambil pemakanan yang sihat. Ingat, banyak makanan yang sedap boleh dihasilkan jika anda kreatif mengolahnya. Tidak lupa untuk luangkan masa anda untuk melakukan aktiviti olahraga dan bersenam. Selain itu juga, aktiviti serta amalan kerohanian juga sangat penting kerana ianya dapat memberikan ketenangan pada diri sekaligus membantu diri daripada hipertensi.

Jom mulakan gaya hidup sihat dan berfikir dengan positif hari ini!


******

Untuk penerangan dan perbincangan yang lebih baik anda dialu-alukan menghubungi Dila di 017-7305635. Pastinya saya akan berikan tunjuk ajar dan konsultasi percuma serta eksklusif buat pelanggan saya sahaja. 

Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

Penghantaran Keseluruh Malaysia

COD : Pulau Indah, Star Cruise, Laguna Park, Pendamar Indah, Pandamaran


Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?

Hubungi saya dan group iAmazing Succeed menanti anda.


"kerana anda berhak merasai kebaikannya"




*****