Monday, March 27, 2017

8 Tips Penjagaan Kuku Untuk Lebih Sihat & Bermaya


Assalamualaikum & Hai,


Tahukah anda bahawa kuku anda melambangkan diri anda? Cantik dan kemasnya kuku anda mencerminkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan sangat menjaga penampilan anda. Tapi ingat ya, menjaga kuku bukan alasan untuk melupakan rutin di dapur. Jom tengok tips untuk menjaga kuku anda agar sihat dan kemas.


tips penjagaan kuku

Berikut ialah antara tips penjagaan kuku untuk panduan anda.



tips penjagaan kuku

Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.
tips penjagaan kuku


Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda. Bakteria dari kuku akan masuk melalui mulut dan boleh menyebabkan sakit perut dan penyakit lain.

Gunakan berus khas untuk kuku.  Berus itu haruslah tidak terlalu kasar dan terlalu lembut.Berus ini penting terutamanya untuk mereka yang selalu suka gigit kuku.


tips penjagaan kuku

 Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.
Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

tips penjagaan kuku



Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

tips penjagaan kuku


Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe, hati dan vitamin. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.

Antara petua lain untuk mengilatkan kuku ialah dengan menggunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan. Pengambilan vitamin juga penting serta dapat membantu menguatkan kuku dari mudah rapuh atau rosak. Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan dan penampilan anda, penjagaan kuku harus diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi anda yang selalu berhadapan dengan pelanggan dan orang ramai.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kuku yang sihat dan bermaya!

*****
Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila


(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)
dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah


*****



No comments:

Post a Comment