Sunday, March 12, 2017

6 Resepi ESP Shaklee Yang Mudah & Enak Seperti Sajian Di Hotel

Assalamualaikum & Salam Ceria,



Menariknya perkongsian hari ini ialah Dila akan kongsikan beberapa resepi ESP Shaklee yang enak dan lazat. Wow, rasa terujakan? Percayalah anda yang tak pernah minum pun akan rasa sangat teringin menikmati rasa ESP ni nanti.

Jika anda pernah dengar bahawa ESP ini tidak sedap dan meloyakan, resepi dari Dila ini akan mengubah persepsi anda. Tapi, jangan sekadar teruja tapi tidak mencuba pula. Bagaimana untuk mendapatkan ESP Shaklee? Caranya mudah, sila baca sehingga ayat yang terakhir. Anda akan ketahui caranya. 😍



resipi esp shaklee

Sebelum Dila terus kepada resepi yang enak dan nyummylicious ni, suka untuk Dila kongsikan dengan anda apa itu ESP. Pertama, ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Kedua, ESP tidak mempunyai gula tambahan, tiada pewarna dan tiada bahan pengawet. Ketiga, ianya juga 100% natural Non GMO Soy.



resipi esp shaklee
  • ESP mengoptimumkan penyerapan nutrien lain
  • ESP membekalkan tenaga berpanjangan
  • ESP menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • ESP penting untuk ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit


Resepi ESP Shaklee

1. Resipi Asas ESP






1 sudu besar ESP, 250 ml Air Suam / sejuk, 1 sudu kecil gula / krimer manis yang dibancuh bersama.

Ini adalah resepi asas ya. Tidak ditambah gula atau krimer pun boleh. Jika selera tekak anda boleh menerimanya, tidak menjadi masalah.



2. Resipi ESP & Biskut Oreo



resipi esp shaklee



1 - 2 sudu besar ESP dikisar bersama dengan 2 - 4 keping biskut oreo dan 1 cawan ais

Rasanya bukan sahaja enak malah jika anda penggemar rasa coklat yang kuat, bolehlah ditambahkan kuantiti biskut oreo mengikut kehendak anda.


3. ESP dikisar bersama buah strawberry / beery



ESP 1-2 sudu besar dan 5 - 6 biji buah strawberry bersama 250 ml air atau 1 cawan ais

Jika anda kini sedang hamil, buah strawberry ini bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan anda malah dapat membantu mengurangkan rasa mual kerana rasanya yang masam dan lazat malah esklusif. Wajib cuba!


4. ESP & Buah Kurma


resipi esp shaklee

3 - 4 biji buah kurma yang telah dikisar dan 1 sudu besar ESP dan 250 ml air biasa

Resipi ini bukan sahaja mengikut sunnah, malah ianya membantu kita bertenaga dan tidak rasa lapar. Ianya juga boleh ditambah dengan susu jika mahu. Hidangan ini sangat sesuai dijadikan hidangan ketika bersahur. Sedapkan?!


5. ESP & Dutch Lady Strawberry / Coklat


resepi esp shaklee

1 sudu ESP dan 250 ml Dutch Lady strawberry atau coklat

Ini adalah hidangan paling mudah dan sedap yang boleh disediakan segera. Rasanya bukan sahaja sedap malah lebih lemak dan menyihatkan. Mudahkan?!

6. Sirap Bandung ESP


resipi esp shaklee


3 sudu ESP, Air 200ml dan 2 sudu besar sirap sedia manis atau 2 sirap kordial

Hidangan ini pasti menepati citarasa tekak asia anda kerana telah biasa dengan rasanya. Boleh ditambah ais atau disejukkan sebentar didalam peti sejuk. Bukan saja segar lalu ditekak anda malah rasanya sedap dan pasti anda akan berpuas hati. Bagi menambah seri air bandung ini, anda boleh tambahkan sedikit pewarna sirap original.

Setuju tak dengan Dila yang ESP ni boleh dihidangkan dengan rasa yang sedap dan mudah. Sesuai dengan citarasa tekak Malaysia dan yang pasti hidangan ini bukan sahaja lazat malah baik untuk kesihatan anda.

Seperti yang dijanjikan, cara mudah untuk anda dapatkan ESP ialah dengan menghubungi atau whatsApp Dila di 0177-305635. Inn sha Allah, banyak lagi resepi dan kebaikan ESP ini akan Dila kongsikan dengan anda.

Jangan mudah dengar pendapat orang lain kerana citarasa anda dan mereka tidak sama. Cuba dulu baru tahu.

Selamat Mencuba!

Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah

Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?
Hubungi saya dan group terbaik menanti anda.



No comments:

Post a Comment