Sunday, March 26, 2017

Bahayanya Bentan Semasa Berpantang Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum,

Masalah bentan ini biasa didengari ketika ibu dalam berpantang. Bagaimana bentan ini boleh terjadi dan cara untuk mengatasinya? Artikel ini diharap dapat membantu ibu yang bakal menghadapi pengalaman berpantang atau mungkin sedang menghadapinya.

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Apa itu Bentan?

Dari perspektif perubatan, tiada istilah bentan dan tiada maksud yang tepat mengenainya. Tetapi bentan merupakan sakit yang dialami semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin atau habis berpantang.

Jika seseorang ibu itu mengambil ringan penjagaan diri semasa berpantang, dia berisiko untuk mengalami bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Simptom Dan Punca Bentan

bahaya bentan untuk ibu berpantang


Antara sebab yang menjadi punca ibu berpantang mendapat bentan ialah mengambil makanan / minuman sejuk atau terlanggar benda keras. Ada juga yang mengambil remeh waktu mandi seperti mandi pada waktu maghrib atau selepas waktu itu.

Akibatnya, badan akan merasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ini terjadi kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Jika ini yang ibu berpantang alami, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Tambahan pula, untuk pulihkan bentan ini akan mengambil masa yang lama sama ada berminggu mungkin juga hingga berbulan lamanya.

Jenis-jenis Bentan

1. Bentan Urat
Bentan urat ini akan menjadikan badan lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari. Seluruh otot badan juga akan menjadi tegang dan kejang.

Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim

Sakit dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Kadangkala kesakitan di bahgaian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berjingkit-jingkit. Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Cara Hindari Diri Daripada Bentan.

bahaya bentan untuk ibu berpantang

1. Banyakkan Berehat

Selepas proses kelahiran anak, ibu perlu banyak berehat dan jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi.

Bantuan daripada suami atau ahli keluarga lain sangat diperlukan dalam membantu urusan ini.

2. Elakkan Jangkitan Kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, ibu perlu menitikberatkan penjagaan tempat intim serta kebersihan diri untuk menggelakkan jangkitan kuman. Pastikan kawasan jahitan sentiasa bersih dan kering.

3. Jaga Pemakanan

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Pemakanan turut memengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat ddan berkhasiat. Perlu lah dielakkan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung dan nangka muda.

4. Elakkan Daripada Perasaan Stress

Segelintir wanita selepas bersalin akan mengalami pospartum blues yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak. Jadi amat penting sokongan daripada suami agar sentiasa menemani dan memberi sokongan moral sepanjang tempoh berpantang bagi mengelakkan daripada kekacauan perasaan dan emosi. Situasi ini jika dibiarkan akan menyebabkan gejala meroyan.

5. Pengambilan Set Berpantang Shaklee

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Vitamin Shaklee diyakini merupakan makanan yang lengkap nutrisi dan seimbang. Bukan sahaja telah diuji secara semulajadi dan dihasilkan daripada bahan semulajadi yang terbaik malah mempunyai landmark study.

Pengambilan Vivix iaitu cecair premium dan ekslusif bukan sahaja dapat membantu masalah bentan ibu malah membantu memperbaiki dalaman dan luaran ibu dengan cepat dan selamat.

Anda mungkin berminat dengan :
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Dalam Berpantang
Tips Ibu Berpantang Kembali Bergetah


Kesimpulannya, masalah bentan ini boleh dielakkan sekiranya ibu menjaga dan mengambil berat akan penjagaan diri termasuk pemakanan dan kebersihan. Disamping itu juga, sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama buat ibu.

Selamat Berpantang!


********


Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah



No comments:

Post a Comment