Wednesday, March 1, 2017

Tips Hilangkan Mual Mengandung Agar Ceria Selalu



tips hilangkan mual



Assalamualaikum & Salam Ceria,

Oh tidak!


Loya, mual dan tiada selera makan memang memenatkan. Ini merupakan simptom biasa yang akan dialami oleh ibu diawal kehamilan. Bila diserang alahan, makanan menjadi perkara paling tidak digemari. Nak pula bila disahkan mengandung menghampiri dan perlu menempuh bulan ramadhan.


Teringat pegalaman sendiri yang perlu melalui pengalaman berpuasa ketika awal kehamilan. Sememangnya pilihan makanan memainkan peranan yang sangat penting. Bukan sahaja mual tetapi diikuti dengan muntah yang kerap. Pengalaman kali pertama mengandung, dengan pengalaman yang tiada serta kurang pendedahan menghadapi proses ini maka separuh hari sahaja mampu bertahan.


Tapi tahu tak anda tidak perlu lagi merasa bimbang melalui fasa ini seperti saya jika anda ikuti tips  ini. Pakar pemakanan juga menyarankan agar ibu tetap perlu makan makanan sihat secara kerap tetapi di ambil dalam kuantiti yang sedikit.


Berikut beberapa jenis makanan yang perlu dimakan ibu yang membantu mengurangkan rasa mual ketika memakannya.


tips-hilangkan-mual

 1. Buah Beri
Buah-buahan dalam kategori keluarga beri seperti strawberi, blueberi, mulberi dan rasberi kini mudah didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco dan Jusco. Sememangnya harganya agak mahal tetapi sekali sekala makan untuk legakan mual apa salahnya.


Buah beri ini ternyata mampu menghilangkan rasa mual selain daripda kaya dengan kandungan vitamin C, potasium, folat, serat dan antioksidan yang tinggi. Malah kandungan phytonutrien dalam beri dipercayai dapat menjaga kerosakan sel badan ibu dan bayi.


tips-hilangkan-mual

2. Daging
Kalau Ibu hamil hendak mencegah anemia, sebaiknya makan sumber protein daging sejak awal kehamilan lagi kerana kaya dengan vitamin B12, B6 dan niacin. Daging juga mengandungi kolin yang membantu perkembangan janin.


Jika tidak gemar makan daging, ibu atau suami boleh cuba pelbagaikan dan kreatif menyediakan menu berasaskan daging kerana sangat penting mengambilnya semasa trimester pertama.


tips-hilangkan-mual

3. Kekacang
Ini merupakan salah satu makanan kegemaran saya sepanjang kehamilan.
Makanan dalam kategori kekacang terkenal kaya dengan sumber protein, zat besi dan folat, kalsium dan zink. Mineral ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan janin pada tiga bulan pertama. Tambahan pula, kekacang boleh dijadikan snek kudapan pada bila-bila masa dan mudah dibawa bersama.


tips-hilangkan-mual

4. Brokoli
Memakan sayur-sayuran hijau sangat digalakkan sepanjang trimester pertama kerana kandungan seratnya mmembantu menggalakkan masalah sembelit. Brokoli antara sayuran hijau yang tinggi khasiatseperti folat, kalsium, lutein, zeanantin dan karotenoid yang baik untuk membantu penglihatan janin. Kalium yang terkandung dalam brokoli membantu menormalkan tekanan darah. Gunakan kreativiti anda untuk memasak sayuran brokoli mengikut citarasa masing-masing.


tips-hilangkan-mual

5. Yogurt
Susu antara makanan yang paling disarankan kepada ibu hamil. Jika ibu merasa loya dan tidak lalu untuk minum atau yang langsung tak boleh bau susu, cubalah gantikan dengan yogurt.


Yogurt dipercayai mengndungi kalsium lebih tinggi berbnding susu. Selain boleh dimakan begitu sahaja, anda boleh gunakan yogurt untuk membuat smoothie atau dimakan bersama potongan buah adan kurma.


Yogurt juga sesuai diambil ketika bersahur dan pastinya dapat menghilangkan mual ibu hamil.


tips-hilangkan-mual

6. Papermint Ginger Plus
Ibu hamil yang sukar untuk mengambil lima makanan yang disarankan diatas boleh mencuba papermint ginger plus ni. Ianya gabungan 4 herba iaitu pudina, halia, pokok ada (fennal) dan cekur manis (anise).


Kandungan pudina didalamnya membantu melegakan otot perut kerana mempunyai kesan penenang. Ianya juga dapat melegakan rasa mual, muntah dan kehilangan selera makan ibu.


Semoga ibu hamil yang melalui atau bakal melalui proses trimester pertama ini dapat mengatasi masalah mual, loya dan tiada selera makan dengan sabar dan tenang. Tips nya mudah iaitu makan makanan yang berkhasiat dalam kuantiti yang kecil tetapi secara kerap.


Suami atau bakal ayah juga perlu memainkan peranan penting dalam membantu isteri anda melalui fasa ini. Memadai dengan membeli dan menyediakan semua diatas ini. Sebenarnya anda sendiri mendapat kebaikan dan akan ceria selalu sepanjang isteri anda melalui proses ini.


Isteri Tidak Mual Suami Ceria Selalu!





Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila
(Shaklee ID: 11161375)

017-7305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

COD: Pulau Indah




No comments:

Post a Comment