Friday, March 3, 2017

6 Tips Atasi Masalah Sembelit Ketika Hamil



Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil. Hampir kesemua wanita yang hamil akan mengadu mengalami sembelit terutama berada di akhir kehamilan.


Sepanjang saya bersama Shaklee, kebanyakkan pelanggan saya adalah daripada ibu hamil yang mengalami masalah sembelit. Bayangkan kita yang tak mengandung jika mengalami masalah sembelit pasti akan rasa tidak selesa. Ini kan pula ibu hamil.


Didalam pencarian berkenaan masalah sembelit, saya terbaca artikel dari blog Dr. Zubaidi yang mana masalah sembelit ini rupanya bergantung kepada kekerasan najis dan bukan pada kekerapan kita membuang air besar.



shaklee-atasi-sembelit


Tahap sembelit pula berbeza-beza dimana ada yang mengadu tidak membuang air besar beberapa hari sehingga rasa tidak selesa pada abdomen mereka. Ada juga yang mengadu najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.


Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini disebabkan setiap orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hari dan ada yang membuangnya setiap dua hari. Jadi yang menyebabkan seseorag mengadu sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan tetapi ialah kekerasannya.


Mereka yang mengalami sembelit akan mengadu sukar mengeluarkan najisnya  kerana terlalu keras. Mereka menggambarkan najis mereka seperti batu sehingga menyebabkan kesakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku seperti ini boleh menyebabkan pendarahan atau buasir.


Faktor-faktor Yang Menyebabkan Sembelit


Faktor-faktor ini bergantung kepada individu seperti rasa kerisauan, kurang pergerakan fizikal dan pemakanan yang kurang serat (fiber).


Hormone Progesterone
Ketika hamil, tubuh wanita hamil mengandungi hormone progesterone yang banyak dimana menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan.

Perubahan Saiz Rahim
Rahim yang semakin membesar juga menyebakan tekanan fizikal kepada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan ractum. Inilah punca utama sembelit dikalangan wanita hamil.


Dehidrasi
Wanita hamil yang kurang minum air akan mengalami dehidrasi akan menyebabkan sembelit. Maka pengambilan air putih yang secukupnya dapat mengurangkan risiko sembelit.


Pengambilan Suplemen Zat Besi
Pil suplemen zat besi juga boleh menyumbang kepada sembelit. ini kerana ianya boleh menyebabkan najis lebih keras dan sembelit. Maka harus berhati-hati mengambilnya dan jika masalah sembelit berlarutan segeralah mendapatkan nasihat daripada doktor agar pil suplemen ini boleh digantikan dengan yang lebih baik.


Tips Mengurangkan Sembelit Untuk Ibu Hamil



shaklee aatasi sembelit


1. Minum Air Yang Secukupnya antara enam hingga lapan gelas sehari. Minuman jus oren dan yogurt membantu melancarkan sistem pembuangan najis. Amalan meminum air suam sebaik bangun pagi membantu memudahkan membuang air besar di waktu pagi.


shaklee atasi sembelit


2. Makan makanan yang banyak serat seperti beras perang, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.


shaklee atasi sembelit

3. Melakukan senaman ringan seperti berjalan dan menunggang basikal senaman juga membantu pergerakan usus.


5. Sekiranya sembelit disebabkan oleh suplemen atau ubat yang dibekalkan oleh doktor silalah berbincang dengan doktor anda.


shaklee atasi sembelit



6. Atasi masalah sembelit dengan vitamin Ostematrix Shaklee.


Apa keistimewaan Ostematrix Shaklee sehingga dengan mudah ia mampu menyelesaikan masalah sembelit ibu hamil dan juga dalam berpantang?


Magnesium didalam Ostemarix Shaklee selain daripada membantu dalam asimilasi kalsium kedalam tulang ia juga secara tidak langsung membantu pergerakan otot usus untuk mengeluarkan najis.


Magnesium juga menarik air, penambahan air didalam kolon menyebabkan najis menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan. Disebabkan hal ini ibu-ibu sangat digalakkan untuk minum banyak air bagi mengelakkan tubuh kita kekurangan air.


Ostematrix juga membantu melancarkan pembuangan saya dan mereka yang mengamalkan Ostemarix.


Sebotol Ostematrix Shaklee berharga RM 61 sahaja dan terdapat 120 caplet, sebiji Ostematrix adalah bersamaan dengan segelas susu atau 80 biji badam! Jika kita buat sedikit kira-kira, sebiji Ostematrix hanyalah berharga RM 0.51 SAHAJA!

Hubungi saya Dila 0177305635 untuk dapatkan segera. Nasihat dan tunjuk ajar percuma dari saya ekslusif  dan hanya layak untuk pelanggan saya sahaja.



Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila
(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah

Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?
Hubungi saya dan group terbaik menanti anda.














No comments:

Post a Comment