Monday, March 20, 2017

8 Tips Ibu Berpantang Kembali Bergetah

Assalamualaikum,


Menjadi idaman setiap wanita yang hamil untuk kembali sihat dan bergetah seperti sebelum mengandung. Sememangnya amalan berpantang ini telah menjadi amalan yang wajib dilakukan oleh para ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tidak kiralah secara tradisional atau secara moden. Saya sendiri berpendapat, pada zaman sekarang gabungan berpantang secara moden dan tradisional adalah pilihan yang terbaik. Asalkan ianya baik untuk ibu dan anak.

tips ibu berpantang

Proses mengandung dan melahirkan bayi merupakan proses yang melibatkan perubahan besar pada tubuh dan hormon ibu. Ketika kehamilana, badan ibu akan jadi lebih fleksibel bagi menampung kehadiran dan kelahiran bayi.

Oleh sebab itu, berpantang merupakan amalan penting bagi setiap wanita hamil kerana ianya merupakan proses pemulihan untuk tubuh badan ibu. Oleh kerana itu, ibu bapa kita dulu sangat menjaga pantang larang sepanjang berpantang.

Berikut merupakan tips wajib diamalkan semasa berpantang.

1. Bengkung

tips ibu berpantang

Bengkung ini wajib pakai bagi ibu semasa berpantang kecuali bagi ibu yang melalui proses kelahiran secara pembedahan. Jika ikut bengkung ibu kita dulu-dulu, bengkungnya panjang dan memerlukan masa yang lama untuk melilit. Pada hari ini telah banyak pilihan bengkung dipasaran untuk ibu pilih semasa dalam berpantang. Amalan berbengkung ini dapat membantu mempercepatkan proses untuk kempiskan perut dan mengembalikan bentuk pinggang yang ramping.

Walaubagaimapun, amalan ini haruslah konsisten dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Nak cantikkan? Maka kesabaran perlulah tinggi.


2. Stokin

tips ibu berpantang

Berstokin ketika sepanjang berpantang adalah perkara wajib bagi mengelakkan badan dimasuki angin yang mana boleh membuatkan ibu menjadi bentan. Wajib pakai setiap masa kecuali jika hendak ke tandas atau mandi. Sebenarnya amalan berstokin ini bukan sahaja semasa berpantang tetapi elok diamalkan ketika mengandung lagi.

3. Bertungku

tips ibu berpantang


Bertungku juga amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Bertungku dapat membantu mempercepatkan proses kecutkan bengkak rahim serta dalaman. Disamping itu juga, membantu melancarkan darah-darah kotor keluar dari tubuh ibu. Cara bertungku yang betul boleh dipelajari daripada bidan atau tukang urut ketika berpantang.

4. Berurut

tips ibu berpantang

Jika dahulu amalan berurut ini hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja tetapi amalan tradisional ini kini telah menjadi ikutan setiap bangsa kerana kebaikannya. Ini kerana, amalan berurut ketika berpantang daat membantu menyegarkan tubuh badan ibu disamping melancarkan pengeluaran susu ibu.

Namun pemilihan tukang urut yang bagus sangatlah penting bagi ibu-ibu kerana dikhuatiri jika memilih tukang urut bukan bertauliah akan menyebakan tersalah urat dan sakit-sakit badan.

5. Makanan Berpantang



tips ibu berpantang
Jika anda melalui proses berpantang dengan ibu atau mertua yang memang menjaga pemakanan pastinya menu wajib ialah ikan bilis goreng bersama lada hitam dan masak air sawi. Nasi mesti panas-panas. Setuju tak?

Namun percayalah, banyak menu berpantang yang pelbagai dan sesuai untuk ibu makan dan menepati selera anda. Googlekan ada, jadi untuk elakkan makan menu yang sama sahaja ketika berpantang, buatlah pencarian dan kongsikanlah dengan suami atau ibu anda menu dan resipi yang anda dapat. Bijakkan.

6. Minum Air

tips ibu berpantang

Jika ikut amalan nenek moyang kita, pengambilan air adalah sangat sedikit semasa berpantang. Namun yang demikian, air perlu diambil secukupnya bagi mengelakkan ibu terhidrasi disamping membantu penghasilan susu dan mengelakkan sembelit. Minumlah air dalam kadar sedikit tetapi secara kerap.

7. Berpantang Ais

tips ibu berpantang

Katakan tidak pada ais. Namun dugaan ibu ketika berpantang nak pula semasa musim panas, segarnya tekak jika dapat minum ais. Ais boleh mengakibatkan badan ibu merasa sakit-sakit. Kalau boleh, berpantanglah minum ais selama 6 bulan dan lagi bagus selama setahun.

8. Pengambilan Jamu atau Suplemen / Vitamin


tips ibu berpantang

Pengambilan jamu atau vitamin moden semasa berpantang merupakan mengikut pilihan ibu-ibu. Sangat penting buat ibu-ibu melakukan 'research', bertanya, dan mendapatkan nasihat serta pendapat daripada orang disekeliling yang berpengalaman dalam pengambilan jamu atau suplemen. Kedua-duanya tidak salah tetapi jika anda adalah ibu yang bekerjaya atau sukar untuk menelan air jamu atau akar kayu, pilihan bijak ialah mengambil vitamin moden.

Walaubagaimanapun, pastikan ianya daripada sumber semulajadi, sah KKM dan selamat untuk dimakan.

Amalan di atas nampak mudah dan senang untuk dipraktikkan. Namun begitu, kesabaran ibu untuk konsisten melaksanakan amalan ini perlulah tinggi. Percayalah, kesabaran ibu akan terbalas dengan hasilnya. Bukan sahaja ibu merasa sihat malah mengembalikan keyakinan diri ibu yang kelihatan anggun dan cergas selepas berpantang serta bergetah.

Selamat mencuba dan selamat berpantang!




Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)


dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah



No comments:

Post a Comment