Sunday, March 26, 2017

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu Dan Lazat

Hai !


Perkongsian resepi mudah dan senang lagi dari Dila. Macam biasa resepi mudah ini Dila kongsikan daripada rakan muka buku tetapi telah diringkaskan. Menariknya, resepi kali ini ialah yang paling senang nak buat. Tapi silap sikit mesti tak jadi. Ini pengalaman Dila. hihihi



Ok, Dila kongsikan dengan anda semua pengalaman Dila dengan Donut ya. Masa Aisy umur 3 tahun dia mula sukakan donut. Mula-mula suka, tapi entah bila jadi ketagih. Ketagih tau! Setiap hari minta donut tak kira masa. Bila tekak dia nak donut mesti ada. Tak dapat mesti mengamuk. Akhirnya, ibu yang tak pernah buat donut ni terpaksa rela belajar buat kuih donut. Setiap hari buat donut untuk di'frozen'kan. Aduhai anak!

Ibu-ibu ada yang alami pengalaman yang sama tak? Boleh share kan di ruangan komen ya.

Ok jom kita tengok cara membuat donut yang mudah dan gebu pula.

Bahan-Bahannya

  1. Tepung Gandum 2 Cawan
  2. Baking Powder 1 sudu Teh
  3. Yis Mauripan Setengah Paket
  4. Gula 1 Sudu Makan
  5. Garam Setegah Sudu Teh
  6. Majerin atau butter 1 Sudu Makan
  7. Susu Pekat 1 Sudu Makan
  8. Air Suam Setengah Cawan
Bahan-bahan pun senang untuk didapati, kedai runcit berhampiran rumah anda pasti anda.

Langkah Untuk Mendapatkan Donut Yang Gebu




Tepung gandum apa-apa jenis pun boleh dan dicampurkan sekali dengan soda bikarbonat dan yis mauripan.
(Dila hanya gunakan yis mauripan sebab tak suka rasa soda bikarbonat yang tak larut dalam doh)


Tambahkan garam dan gula mengikut sukatan. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi serbuk roti.



Masukan majerin/butter.



Masukan susu & air suam. Kemudian uli rata sehingga menjadi doh.


Nampak tak likatnya doh ni. Doh yang baik adalah yang jadi elastic seperti ini. Pejal dan seperti bergetah.

Bila dah jadi seperti di atas, tutupkan bekas doh sekejap untuk direhatkan selama 45minit hingga 1 jam.


Sementara tunggu doh naik dan mengembang, bolehlah isikan masa dengan buat kerja rumah yang lain.


Setelah tiba masanya iaitu 1 jam kemudian. Taraaaa.... doh naik kembang cantik gebu gebaz.



Seterusnya, uli doh dan bentukkan seperti gambar di atas. Jangan risau kalau nampak macam tak kembang. Bila dah bentukkan, biarkan sekejap pasti naik 2 kali ganda gebu donut nanti.



Panaskan minyak pada suhu kecil atau sederhana. Dah panas, masukkan satu persatu donut tu.


Nampak dah cantik kuning keperangan warna kulit donut tu bolehlah di angkat dan di toskan minyaknya.

Minyak da ditoskan, gaul rata dengan gula yang telah dikisar halus.

Taraaa... sedia untuk dihidangkan dan dimakan.



Mudahkan?! Resepi diatas ini kalau dibuat pada saiz sederhana boleh dapat 14 biji. Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Selepas ini, ibu-ibu yang ada masalah seperti Dila tak perlu risau lagi nak cari donut. Buat dan frozenkan sahaja. Tiba masa anak nak makan boleh digorengkan.


Selamat Mencuba!!

Anda mungkin berminat dengan Resipi Congo Bar Yang Mudah Dan Enak Seperti Air Tangan Chef


*******

Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila


(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah











No comments:

Post a Comment