Thursday, March 30, 2017

NutriWhite Shaklee Adalah Rahsia Kecantikan Semulajadi Anda

Assalamualaikum & Salam Ceria,


Keinginan setiap individu pastinya inginkan kulit yang sihat, mulus dan bebas daripada masalah kulit. Lumrah dipandang cantik itu memang fitrah setiap manusia. Jadi, pemilihan penjagaan kecantikan wajah perlulah yang sesuai dengan kulit dan yang membersih dengan secara semulajadi. Tersilap pilih membawa padah tau!


set kecantikan nutriwhite shaklee


Pernah tak dengar ayat ni; “Kecantikan Sempurna Diperolehi Daripada Alam Semulajadi, Disempurnakan Dengan Sains”

Wah! Ini lah gambaran sempurna untuk NutriWhite Shaklee. Bukan sekadar harga mampu milik malah ianya setanding dengan produk kecantikan yang mendapat pengiktirafan tetapi mahal harganya.

Jadi mengapa perlu memilih yang mahal sedangkan NutriWhite ada untuk membantu anda!


set kecantikan nutriwhite shaklee


NutriWhite bertindak dengan 5 cara iaitu:

  • Menghalang Melindungi kulit secara aktif dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari dan UV.
  • Mengurangkan Mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan kulit gelap dan kusam. Kulit akan kelihtan lebih cerah dan berseri. penggunaan yang berterusan menjadikan kulit anda kekal dengan tona yang sempurna.
  • Menyekat Pigmentasi disekat dari muncul di lapisan atas kulit sekaligus menghalang kulit dari bertompok. Mencerah – Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit sekata.
  • Memperbaharui Menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang kulit tersumbat sekaligus menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.

Berikut ialah Set Lengkap Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee:

1. Nutriwhite Action Makeup Remover (150ml)



  • Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri.
  • Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dngan lembut tanpa meninggalkan kesan .
  • Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aleo Vera.
  • Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak.

2.  Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml)

  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit.
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit
  • Menyegarkan dan lembut pada kulit.

3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)

  • Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang.
  • Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang.
  • Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang.
  • Kulit dilembapkan dengan Marshmallow.
  • Sangat effektif.

4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml)

  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry
  • Strawberry Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit.
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit.
  • Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.

5. Nutriwhite Spot Whitening Treatment (10ml)

  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat.
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata.

6. NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml)

  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran


7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g)

  • Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur.
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit.
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam.
  • Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri.

Set Asas NutriWhite



set kecantikan nutriwhite shaklee

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser
NutriWhite Daytime Whitening Lotion
NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream

Testimoni Pengguna Yang Berpuas Hati

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee

set kecantikan nutriwhite shaklee


Perkongsian Di Halaman Media (Majalah)

set kecantikan nutriwhite shaklee

Apabila kita mempunyai pilihan untuk memilih  set penjagaan yang sememangnya menjaga kulit kita daripada rosak atau tidak mengandungi bahan yang terlarang yang boleh mematikan sel kulit kita, maka produk penjagaan Nutriwhite adalah pilihan bijak untuk  menjadi sahabat setia kulit anda. Amalkanlah tanpa was-was. Pasti anda akan berpuas hati. Tetapi dengan syarat, harus menggunakannya setiap hari secara konsisten dan teratur.

*******

Untuk penerangan dan perbincangan yang lebih baik anda dialu-alukan menghubungi Dila di 0177305635. Pastinya saya akan berikan tunjuk ajar dan konsultasi percuma serta ekslusif buat pelanggan saya sahaja.

Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila
(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah

Anda suka berbisness dan ingin menjadi Pengedar Sah Shaklee ?
Hubungi saya dan group terbaik menanti anda.


*******




Monday, March 27, 2017

8 Tips Penjagaan Kuku Untuk Lebih Sihat & Bermaya


Assalamualaikum & Hai,


Tahukah anda bahawa kuku anda melambangkan diri anda? Cantik dan kemasnya kuku anda mencerminkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan sangat menjaga penampilan anda. Tapi ingat ya, menjaga kuku bukan alasan untuk melupakan rutin di dapur. Jom tengok tips untuk menjaga kuku anda agar sihat dan kemas.


tips penjagaan kuku

Berikut ialah antara tips penjagaan kuku untuk panduan anda.



tips penjagaan kuku

Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.
tips penjagaan kuku


Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda. Bakteria dari kuku akan masuk melalui mulut dan boleh menyebabkan sakit perut dan penyakit lain.

Gunakan berus khas untuk kuku.  Berus itu haruslah tidak terlalu kasar dan terlalu lembut.Berus ini penting terutamanya untuk mereka yang selalu suka gigit kuku.


tips penjagaan kuku

 Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.
Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

tips penjagaan kuku



Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

tips penjagaan kuku


Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe, hati dan vitamin. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.

Antara petua lain untuk mengilatkan kuku ialah dengan menggunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan. Pengambilan vitamin juga penting serta dapat membantu menguatkan kuku dari mudah rapuh atau rosak. Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan dan penampilan anda, penjagaan kuku harus diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi anda yang selalu berhadapan dengan pelanggan dan orang ramai.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk mendapatkan kuku yang sihat dan bermaya!

*****
Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila


(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)
dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah


*****



Sunday, March 26, 2017

Resepi Donut Yang Mudah, Gebu Dan Lazat

Hai !


Perkongsian resepi mudah dan senang lagi dari Dila. Macam biasa resepi mudah ini Dila kongsikan daripada rakan muka buku tetapi telah diringkaskan. Menariknya, resepi kali ini ialah yang paling senang nak buat. Tapi silap sikit mesti tak jadi. Ini pengalaman Dila. hihihi



Ok, Dila kongsikan dengan anda semua pengalaman Dila dengan Donut ya. Masa Aisy umur 3 tahun dia mula sukakan donut. Mula-mula suka, tapi entah bila jadi ketagih. Ketagih tau! Setiap hari minta donut tak kira masa. Bila tekak dia nak donut mesti ada. Tak dapat mesti mengamuk. Akhirnya, ibu yang tak pernah buat donut ni terpaksa rela belajar buat kuih donut. Setiap hari buat donut untuk di'frozen'kan. Aduhai anak!

Ibu-ibu ada yang alami pengalaman yang sama tak? Boleh share kan di ruangan komen ya.

Ok jom kita tengok cara membuat donut yang mudah dan gebu pula.

Bahan-Bahannya

  1. Tepung Gandum 2 Cawan
  2. Baking Powder 1 sudu Teh
  3. Yis Mauripan Setengah Paket
  4. Gula 1 Sudu Makan
  5. Garam Setegah Sudu Teh
  6. Majerin atau butter 1 Sudu Makan
  7. Susu Pekat 1 Sudu Makan
  8. Air Suam Setengah Cawan
Bahan-bahan pun senang untuk didapati, kedai runcit berhampiran rumah anda pasti anda.

Langkah Untuk Mendapatkan Donut Yang Gebu




Tepung gandum apa-apa jenis pun boleh dan dicampurkan sekali dengan soda bikarbonat dan yis mauripan.
(Dila hanya gunakan yis mauripan sebab tak suka rasa soda bikarbonat yang tak larut dalam doh)


Tambahkan garam dan gula mengikut sukatan. Gaulkan kesemua bahan sehingga menjadi serbuk roti.



Masukan majerin/butter.



Masukan susu & air suam. Kemudian uli rata sehingga menjadi doh.


Nampak tak likatnya doh ni. Doh yang baik adalah yang jadi elastic seperti ini. Pejal dan seperti bergetah.

Bila dah jadi seperti di atas, tutupkan bekas doh sekejap untuk direhatkan selama 45minit hingga 1 jam.


Sementara tunggu doh naik dan mengembang, bolehlah isikan masa dengan buat kerja rumah yang lain.


Setelah tiba masanya iaitu 1 jam kemudian. Taraaaa.... doh naik kembang cantik gebu gebaz.



Seterusnya, uli doh dan bentukkan seperti gambar di atas. Jangan risau kalau nampak macam tak kembang. Bila dah bentukkan, biarkan sekejap pasti naik 2 kali ganda gebu donut nanti.



Panaskan minyak pada suhu kecil atau sederhana. Dah panas, masukkan satu persatu donut tu.


Nampak dah cantik kuning keperangan warna kulit donut tu bolehlah di angkat dan di toskan minyaknya.

Minyak da ditoskan, gaul rata dengan gula yang telah dikisar halus.

Taraaa... sedia untuk dihidangkan dan dimakan.



Mudahkan?! Resepi diatas ini kalau dibuat pada saiz sederhana boleh dapat 14 biji. Sangat sesuai untuk seisi keluarga. Selepas ini, ibu-ibu yang ada masalah seperti Dila tak perlu risau lagi nak cari donut. Buat dan frozenkan sahaja. Tiba masa anak nak makan boleh digorengkan.


Selamat Mencuba!!

Anda mungkin berminat dengan Resipi Congo Bar Yang Mudah Dan Enak Seperti Air Tangan Chef


*******

Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila


(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah











Bahayanya Bentan Semasa Berpantang Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum,

Masalah bentan ini biasa didengari ketika ibu dalam berpantang. Bagaimana bentan ini boleh terjadi dan cara untuk mengatasinya? Artikel ini diharap dapat membantu ibu yang bakal menghadapi pengalaman berpantang atau mungkin sedang menghadapinya.

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Apa itu Bentan?

Dari perspektif perubatan, tiada istilah bentan dan tiada maksud yang tepat mengenainya. Tetapi bentan merupakan sakit yang dialami semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin atau habis berpantang.

Jika seseorang ibu itu mengambil ringan penjagaan diri semasa berpantang, dia berisiko untuk mengalami bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Simptom Dan Punca Bentan

bahaya bentan untuk ibu berpantang


Antara sebab yang menjadi punca ibu berpantang mendapat bentan ialah mengambil makanan / minuman sejuk atau terlanggar benda keras. Ada juga yang mengambil remeh waktu mandi seperti mandi pada waktu maghrib atau selepas waktu itu.

Akibatnya, badan akan merasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ini terjadi kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Jika ini yang ibu berpantang alami, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Tambahan pula, untuk pulihkan bentan ini akan mengambil masa yang lama sama ada berminggu mungkin juga hingga berbulan lamanya.

Jenis-jenis Bentan

1. Bentan Urat
Bentan urat ini akan menjadikan badan lemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengahari. Seluruh otot badan juga akan menjadi tegang dan kejang.

Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim

Sakit dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Kadangkala kesakitan di bahgaian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berjingkit-jingkit. Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Cara Hindari Diri Daripada Bentan.

bahaya bentan untuk ibu berpantang

1. Banyakkan Berehat

Selepas proses kelahiran anak, ibu perlu banyak berehat dan jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi.

Bantuan daripada suami atau ahli keluarga lain sangat diperlukan dalam membantu urusan ini.

2. Elakkan Jangkitan Kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu, ibu perlu menitikberatkan penjagaan tempat intim serta kebersihan diri untuk menggelakkan jangkitan kuman. Pastikan kawasan jahitan sentiasa bersih dan kering.

3. Jaga Pemakanan

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Pemakanan turut memengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat ddan berkhasiat. Perlu lah dielakkan makanan yang bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung dan nangka muda.

4. Elakkan Daripada Perasaan Stress

Segelintir wanita selepas bersalin akan mengalami pospartum blues yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak. Jadi amat penting sokongan daripada suami agar sentiasa menemani dan memberi sokongan moral sepanjang tempoh berpantang bagi mengelakkan daripada kekacauan perasaan dan emosi. Situasi ini jika dibiarkan akan menyebabkan gejala meroyan.

5. Pengambilan Set Berpantang Shaklee

bahaya bentan untuk ibu berpantang

Vitamin Shaklee diyakini merupakan makanan yang lengkap nutrisi dan seimbang. Bukan sahaja telah diuji secara semulajadi dan dihasilkan daripada bahan semulajadi yang terbaik malah mempunyai landmark study.

Pengambilan Vivix iaitu cecair premium dan ekslusif bukan sahaja dapat membantu masalah bentan ibu malah membantu memperbaiki dalaman dan luaran ibu dengan cepat dan selamat.

Anda mungkin berminat dengan :
Vitamin Shaklee Untuk Ibu Dalam Berpantang
Tips Ibu Berpantang Kembali Bergetah


Kesimpulannya, masalah bentan ini boleh dielakkan sekiranya ibu menjaga dan mengambil berat akan penjagaan diri termasuk pemakanan dan kebersihan. Disamping itu juga, sokongan daripada ahli keluarga terutama suami sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman pertama buat ibu.

Selamat Berpantang!


********


Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)

dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah