Monday, March 20, 2017

8 Tips Menambah Selera Makan Anak

Assalamualaikum & Salam Ceria,


Setiap anak-anak memiliki sifat dan minat yang berbeza. Begitu juga dengan selera makan mereka. Ada yang suka pada makanan ada juga yang sangat cerewat dalam pemilihan makanan. Penolakan mereka terhadap makanan pasti membingungkan ibu bapa terutamanya bimbang akan menggangu pertumbuhan tumbesaran mereka.



Tips Tambah Selera Makan Anak

Nafsu makan seseorang dikendalikan oleh hormon ghrelin dan leptin. Hormon ghrelin akan meningkatkan nafsu makan, sedngkan hormon leptin berfungsi menurunkan nafsu makan. Hormon ghrelin akan dilepaskan di perut yang kemudian memberi signal lapar kepada otak.



Ada beberapa alasan anak ataupun orang dewasa kurang selera makan seperti merasa stress, tertekan, kesan sampingan daripada ubat, rasa makan yang tidak sedap ataupun makanan nampak tidak menarik.



Tips Tambah Selera Makan Anak

Dila kongsikan dengan anda 8 tips untuk menambah selera makan anak anda


1. Elakkan Tindakan Memaksa

Tips Tambah Selera Makan Anak

Tindakan ibu bapa yang memaksa anaknya makan kerana risau akan melahirkan suasana tegang di meja makan. Hal ini mengakibatkan  anak kurang sensitif terhadap rasa lapar di kemudian hari.



2. Hidangan Makanan Yang Menarik

Tips Tambah Selera Makan Anak

Sajian yang berwarna -warni akan menarik mata dan selera makan anak anda. Ibu bapa boleh menunjukkan kreativiti dalam masakan seperti kombinasi sayuran yang berwarna seperti lobak merah, brokoli, kentang dan tomato. Ini kerana pengambilan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk variasi nutrisi yang diperlukan oleh badan.



3. Goda Dengan Aroma Makanan

Tips Tambah Selera Makan Anak

Untuk menarik selera anak untuk makan juga boleh dibuat melalui aroma atau bau makanan yang menyenangkan dan harum. Ibu bapa boleh menyajikan makanan ketika masih hangat selepas dimasak atau memanaskan makanan terlebih dahulu sebelum dihidangkan agar hidung dapat memainkan peranan dalam menghasilkan nafsu makan si cilik.



4. Hidang Dalam Kuantiti Kecil

Sepinggan penuh makanan juga boleh merencatkan selera makan anak anda yang tidak makan banyak. Ibu bapa perlu bijak menghidangkan makanan yang seimbang tetapi di dalam kuantiti yang kecil. Biarkan anak anda menambah makanan mereka berulang kali kerana ini boleh menerbitkan nafsu makan mereka.



5. Biasakan Makan Perlahan

Mengajar anak makan secara perlahan akan memberikan masa untuk mengukur rasa lapar si anak. Ibu bapa perlu berkomunikasi dengan anak secara tenang dan bertanya sama ada anak anda ingin menambah makanan lagi atau tidak.



6. Kawal Pengambilan Air Minuman Ketika Makan

Tips Tambah Selera Makan Anak

Untuk menjaga nafsu makan dan mengelakkan cepat rasa kenyang, seaiknya didik anak untuk hindari minuman terlalu banyak ketika makan. Ai jus, kopi, teh atau minuman lain disarankan dinikmati atau diminum setelah selesai makan.



7. Libatkan Anak Ketika Proses Menyiapkan Makanan

Tips Tambah Selera Makan Anak

Ajak anak-anak berbelanja membeli bahan masakan atau barang dapur dan ketika memasak atau menghidang makanan. Disaat ini ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk mengambil tahu jenis makanan yang disukai oleh anak-anak sekaligus menjelaskan nutrisi yang baik dan anak juga dapat pengalaman serta lebih bersemangat terhadap makanan.



8. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor Atau Pakar Nutrisi Kanak-kanak

Jika anada mendapati selera makan anak anda mengalami gangguan yang berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda. Ini kerana, kekurangan zat mineral tertentu seperti zinc diketahui dapat menurunkan selera makan.

Padangan Dila pula selain daripada 8 tips yang dikongsikan di atas, kita juga boleh memberikan anak-anak suplemen atau vitamin yang sesuai dengan peringkat umur anak seperti Meal Shakes Shaklee untuk menambah selera makan mereka. Ini kerana kekurangan zat makanan di dalam badan anak-anak boleh menyebabkan anak mudah sakit kerana sistem imunisasi di dalam badan berkurangan dan kelihatan tidak bermaya atau aktif seperti kanak-kanak yang lain.




Tips Tambah Selera Makan Anak


Tips Tambah Selera Makan Anak

Tips Tambah Selera Makan Anak
Tips Tambah Selera Makan Anak


Pengedar Sah Shaklee Pelabuhan Klang : Dila

(Shaklee ID: 1161375)

0177305635 (whatsapp /sms)


dilaanaqi.df@gmail.com (email)

buahatiku anaqi (facebook)

COD : Pulau Indah







No comments:

Post a Comment