Tuesday, January 3, 2017

Melangkah Bersama Shaklee: Pengedar Shaklee Pulau Indah Pelabuhan Klang

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah 😊

Terima kasih kerana sudi singgah di blog Dila ni. Alhamdulillah , berkat menyahut cabaran daripada upline Dila iaitu Ida Ifaz, Pengedar Shaklee Kuantan yang juga pemilik tips sihat selalu maka terlahirlah blog Komitsihat Selalu ni.

Mudah-mudahan dengan adanya blog komitsihat selalu ini dapat membantu diri saya untuk meluaskan penyampaian maklumat serta memperkenalkan dan berkongsi kebaikan produk Shaklee kepada anda.

💜😅 Pengenalan Pengedar Shaklee Anda

Nama saya Nurfadillah Binti Abdullah dan menetap di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Memiliki kerjaya tetap tetapi memilih untuk bersama-sama memperkenalkan kebaikan Shaklee kepada anda.

Percaya akan tag line ini 'kerana anda layak merasai kebaikannya' kerana saya telah merasai kebaikannya.

Jom dapatkan vitamin pilihan anda terus di depan pintu rumah bagi kawasan Pulau Indah, Pelabuhan Klang tanpa mengeluarkan kos penghantaran. Best kan?

💛😃 Memilih Keluar Daripada Kebiasaan

Alhamdulillah, setelah 3 thun saya amalkan Shaklee saya merasai kebaikannya dan keselesaan untuk melakukan aktiviti harian. Syukur atas izin-nya.

Dila mengambil masa 3 tahun juga untuk memilih menjadi Pengedar Shaklee kerana hati belum terbuka dan alasan yang tak pernah abis. hihihi

Bukan hanya kerana keuntungan yang menarik minat saya tetapi kerana keseronokan berkongsi kebaikan Shaklee disamping dapat mengutip ilmu kesihatan daripada upline terutama Mama Ida Ifaz. Dalam masa yang sama secara tidak langsung impian menjadi doktor yang tak tercapai boleh dilaksanakan bersama Shaklee. Hihihi... Berangan lebih sangatkan.. tak mengapa, sebab daripada angan-angan lahirnya impian dan kejayaan.

Ecehwah!

Bila memilih untuk berniaga, apa yang paling penting ialah diri sendiri kerana kita yang menentukan hala tuju perniagaan kita. Tambahan bila berniaga secara online, risiko dan persaingan sentiasa ada. Jadi, saya atau anda yang baru nak berniaga harus bersedia dan kena kuat semangat. OK!

Alhamdulillah, saya berada didalam kumpulan yang sangat mengambil berat dan keprihatinan serta kesungguhan leader hebat Great SID menawan hati saya. Segala infomasi tentang produk, promosi, poster dan apa sahaja perbincangan berkenaan Shaklee dilaksanakan setiap hari. Syukur, dipertemukan dengan leader-leader hebat yang sangat mengambil berat dan tak jemu mengikuti perkembangan downline terutama saya yang baru nak menyusun langkah ni. Ibarat dalam satu keluarga walaupun berlainan mama / ayah tapi satu nenek moyang. hihihi...

💙😀 Impian Pengedar Shaklee & Bakal Leader Anda

Saya memasang impian untuk membantu lebih ramai diluar sana terutama anda yang sedang membaca entry Dila ni untuk merasai kebaikan Shaklee serta menjana pendapatan bersama Shaklee.

Sedikit perkongsian cabaran yang saya lalui pada bulan pertama saya memperkenalkan diri sebagai Pengedar Shaklee ialah bila ada pihak yang mengajak saya sertai business online mereka kerana kesian dengan ahli mereka yang pernah menyertai Shaklee tetapi terkandas. Nampak, disini saya diuji. Alhamdulillah, saya nekad untuk tetap pada keputusan saya.

Tidak kurang pelbagai soalan seperti betul ke produk Shaklee ni baik dan bagus. Sila hadapi ia dengan senyuman ya. Wah macam pakar motivasi pula. Saya telah amalkan vitamin Shaklee selama 3 tahun iaitu 36 bulan bersamaan 1095 hari. Saya telah merasai sendiri kebaikannya. Pada saya itu sudah cukup untuk meyakinkan saya dan membuatkan saya jatuh cinta dengan Shaklee. Suka!

Jom hubungi saya untuk dapatkan info lebih lanjut berkenaan Shaklee.


Promosi Januari 2017











Shaklee ID: 1161375

WhatApps / HP : 017-7305635

FB: Buahatiku Anaqi

IG: @buahatiku anaqi









1 comment: